Tuesday, June 23, 2009

Bismillah Pembuka Bicara



Masyarakat Melayu telah bertapak lama di Sarawak dengan jumlah populasi sebanyak 25%. Masyarakat Melayu Sarawak ini telah berhijrah dari Sumatera dan ini terbukti dengan sebilangan kampong yang terletak di bahagian Kuching masih menggunakan nama di dalam sebutan bahasa Jawa.

Masyarakat Melayu Sarawak bertutur dalam dialek yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia yan di kenali sebagai Bahasa Melayu Sarawak, dan juga serba sedikit mempunyai pengaruh dan sejarah dengan masyarakat Melayu Brunei (ini kerana Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei sebelum James Brooke datang).

Kebiasaaanya masyarakat Melayu Sarawak ini tinggal di tepi-tepi sungai sebagai penempatan mereka dan kebanyakan mereka adalah nelayan seperti yang boleh kita lihat di sekitar Kuching dan juga Limbang yang berdekatan dengan Brunei. Masyarakat Melayu Sarawak telah menganut agama Islam semenjak kurun yang ke-14 kerana kepercayaan agama adalah yang paling mustahak bagi mereka.

Permandangan sekitar tebingan Sungai Sarawak khususnya masih tedapat rumah-rumah kayu tradisional masyarakat Melayu Sarawak ini yang sememangnya mudah mesra dengan segenap lapisan masyarakat lain biarpun berlainan latar belakang keturunan. Muzium Islam Sarawak adalah tempat yang paling sesuai menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu Sarawak serta kebudayaan mereka.

No comments:

Post a Comment

Thanks you for your comments and your time here.