Saturday, July 18, 2009

Bahasa Sarawak (Untuk Haiwan)



Words Of The Days

  1. Manok bermaksud ayam
  2. Serati bermaksud itik
  3. Pusak bermaksud kucing
  4. Asuk bermaksud anjing
  5. Ular sak bermaksud ular sawa
  6. Kelontet bermaksud pepatung
  7. Payak bermaksud udang

Friday, July 10, 2009

Thursday, July 2, 2009

Di Sebalik Bahasa Melayu Sarawak



Dialek Sarawak atau Bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk di Sarawak dalam kehidupan seharian. Ia mempunyai beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei.


Contoh

Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak.

Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek ada kereta" bermaksud "Saya ada kereta".

Kata "Kamek'" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.

Kata "Saya" juga sama halusnya dengan kata "Kamek'". Jika "Kamek'" umumnya digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita, tetapi boleh juga digunakan terhadap orang yang baru kita kenal atau temui. Misalnya dengan orang yang kita baru bertemu di pejabat atau rumah.


Tuesday, June 30, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Tuse bermaksud menceritakan
  2. Dango bermaksud pondok
  3. Gago bermaksud sibuk, menyibuk
  4. Gurin bermaksud baring
  5. Ngeceng bermaksud mengenyit (khas untuk mata)

Saturday, June 27, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Ceridak bermaksud kotor, tidak bersih
  2. Polah bermaksud buat
  3. Ngeso bermaksud menunjuk-nunjuk
  4. Nerap bermaksud meniarap
  5. Ngegeh bermaksud mengada-ngada

Wednesday, June 24, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Ngegeh bermaksud mengada-ngada
  2. Penjan bermaksud tingkap
  3. Madah bermaksud memberitahu
  4. Kedak bermaksud seumpama
  5. Berloya bermaksud berbual

Lagu tradisional yang menceritakan antara catatan sejarah negeri Sarawak.

Puteri Santubong <klik sini untuk download lagu ini

Tuesday, June 23, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Ngerepak bermaksud membebel
  2. Lang bermaksud pintu
  3. Kelaka bermaksud bercakap, berbicara
  4. Sik bermaksud tidak, tak, bukan dsb
  5. Gerek bermaksud teman wanita/lelaki, pasangan
  6. Bulak bermaksud tipu
  7. Belon bermaksud kapal terbang
  8. Pengilan bermaksud kenduri
  9. Jeraya bermaksud jalan raya
  10. Iboh bermaksud jangan

Bismillah Pembuka Bicara



Masyarakat Melayu telah bertapak lama di Sarawak dengan jumlah populasi sebanyak 25%. Masyarakat Melayu Sarawak ini telah berhijrah dari Sumatera dan ini terbukti dengan sebilangan kampong yang terletak di bahagian Kuching masih menggunakan nama di dalam sebutan bahasa Jawa.

Masyarakat Melayu Sarawak bertutur dalam dialek yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia yan di kenali sebagai Bahasa Melayu Sarawak, dan juga serba sedikit mempunyai pengaruh dan sejarah dengan masyarakat Melayu Brunei (ini kerana Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei sebelum James Brooke datang).

Kebiasaaanya masyarakat Melayu Sarawak ini tinggal di tepi-tepi sungai sebagai penempatan mereka dan kebanyakan mereka adalah nelayan seperti yang boleh kita lihat di sekitar Kuching dan juga Limbang yang berdekatan dengan Brunei. Masyarakat Melayu Sarawak telah menganut agama Islam semenjak kurun yang ke-14 kerana kepercayaan agama adalah yang paling mustahak bagi mereka.

Permandangan sekitar tebingan Sungai Sarawak khususnya masih tedapat rumah-rumah kayu tradisional masyarakat Melayu Sarawak ini yang sememangnya mudah mesra dengan segenap lapisan masyarakat lain biarpun berlainan latar belakang keturunan. Muzium Islam Sarawak adalah tempat yang paling sesuai menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu Sarawak serta kebudayaan mereka.