Tuesday, June 30, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Tuse bermaksud menceritakan
  2. Dango bermaksud pondok
  3. Gago bermaksud sibuk, menyibuk
  4. Gurin bermaksud baring
  5. Ngeceng bermaksud mengenyit (khas untuk mata)

Saturday, June 27, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Ceridak bermaksud kotor, tidak bersih
  2. Polah bermaksud buat
  3. Ngeso bermaksud menunjuk-nunjuk
  4. Nerap bermaksud meniarap
  5. Ngegeh bermaksud mengada-ngada

Wednesday, June 24, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Ngegeh bermaksud mengada-ngada
  2. Penjan bermaksud tingkap
  3. Madah bermaksud memberitahu
  4. Kedak bermaksud seumpama
  5. Berloya bermaksud berbual

Lagu tradisional yang menceritakan antara catatan sejarah negeri Sarawak.

Puteri Santubong <klik sini untuk download lagu ini

Tuesday, June 23, 2009

Bahasa Sarawak

Words Of The Day

  1. Ngerepak bermaksud membebel
  2. Lang bermaksud pintu
  3. Kelaka bermaksud bercakap, berbicara
  4. Sik bermaksud tidak, tak, bukan dsb
  5. Gerek bermaksud teman wanita/lelaki, pasangan
  6. Bulak bermaksud tipu
  7. Belon bermaksud kapal terbang
  8. Pengilan bermaksud kenduri
  9. Jeraya bermaksud jalan raya
  10. Iboh bermaksud jangan

Bismillah Pembuka Bicara



Masyarakat Melayu telah bertapak lama di Sarawak dengan jumlah populasi sebanyak 25%. Masyarakat Melayu Sarawak ini telah berhijrah dari Sumatera dan ini terbukti dengan sebilangan kampong yang terletak di bahagian Kuching masih menggunakan nama di dalam sebutan bahasa Jawa.

Masyarakat Melayu Sarawak bertutur dalam dialek yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia yan di kenali sebagai Bahasa Melayu Sarawak, dan juga serba sedikit mempunyai pengaruh dan sejarah dengan masyarakat Melayu Brunei (ini kerana Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei sebelum James Brooke datang).

Kebiasaaanya masyarakat Melayu Sarawak ini tinggal di tepi-tepi sungai sebagai penempatan mereka dan kebanyakan mereka adalah nelayan seperti yang boleh kita lihat di sekitar Kuching dan juga Limbang yang berdekatan dengan Brunei. Masyarakat Melayu Sarawak telah menganut agama Islam semenjak kurun yang ke-14 kerana kepercayaan agama adalah yang paling mustahak bagi mereka.

Permandangan sekitar tebingan Sungai Sarawak khususnya masih tedapat rumah-rumah kayu tradisional masyarakat Melayu Sarawak ini yang sememangnya mudah mesra dengan segenap lapisan masyarakat lain biarpun berlainan latar belakang keturunan. Muzium Islam Sarawak adalah tempat yang paling sesuai menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu Sarawak serta kebudayaan mereka.